Pep Guardiola memuji sikap profesional Sergio Aguero selepas pemain itu menerima dia kini menjadi pilihan kedua selepas Gabriel Jesus.
Aguero menjadi pilihan kedua sejak ketibaan penyerang muda itu Januari lalu dari Palmeiras, dengan Guardiola berasakan Gabriel lebih sesuai dengan corak permainannya.
Bagaimanapun, sejak Jesus mengalami kecederaan metatarsal Februari lalu, Aguero telah meledak 10 gol dalam 11 perlawanan bersama City.
Guardiola kini mengakui Aguero lebih mudah menyesuaikan diri dengan permintaannya di atas padang.
"Perwatakan Aguero cukup menyenangkan sejak awal lagi," Guardiola memberitahu media.
"Saya tidak pernah ada masalah dengannya. Mungkin kini dia lebih memahami apa yang kami mahukan.
"Apabila dia terlepas peluang menjaringkan gol, sudah tentu dia akan meningkatkan permainannya.
"Kini dia lebih terlibat dalam setiap perlawanan, dan cuba melakukan apa sahaja."