Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bakal memberi jawapan selewat-lewatnya 6 April ini mengenai hasrat Felda United yang mahu beraksi di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, dalam saingan Piala AFC berdepan Tampines Rovers pada 19 April depan.
Sebelum ini, Felda mahu menentang kelab Filipina, Cerena-Negros, pada 4 April ini di Jengka, tetapi ditolak AFC atas faktor kesuntukan masa.
Kini, satu-satunya peluang buat Felda beraksi di laman sendiri hanyalah menentang Tampines, namun Setiausaha AFC, Datuk Windsor Paul John, berkata semuanya bergantung kepada laporan pemeriksaan Teknikal Jawatankuasa Pertandingan AFC.
Antara syarat utama yang bakal dinilai ialah kemudahan lokasi penginapan berdekatan venue perlawanan dengan perlunya ada hotel bertaraf empat bintang ke atas, yang sebelum ini menjadi penghalang utama aksi di Jengka.
"Ini semua sudah termaktub dalam peraturan.
"Kami perlu memastikan soal stadium dan hotel menepati peraturan yang ditetapkan dalam Piala AFC.
"Kami sedang menilai cadangan Felda (untuk mengadakan perlawanan di Jengka), dalam tempoh seminggu ini, kami akan memberi jawapan terhadap cadangan terbaru Felda berkenaan soal hotel," ujarnya.
Sementara itu, Setiausaha Agung The Fighters, Zulkarnain Muhammad, optimis AFC tidak akan menolak hasrat mereka kali ini untuk beraksi di Jengka.
Menurutnya, tempat penginapan yang dicadangkan kali ini, iaitu di salah sebuah hotel di Gambang, tidak terlalu jauh dengan gelanggang pertandingan.
"Salah satu syarat yang ditetapkan AFC, penginapan hotel dan stadium perlu berada dalam daerah yang sama.
"Lokasi hotel di Gambang yang cuba kami cadangkan kali ini, berada dalam daerah Maran dan Stadium Tun Abdul Razak juga berada dalam daerah yang sama, itulah yang menguatkan cadangan kami untuk beraksi menentang Tampines di Jengka," ujar Zulkarnain.
Cadangan awal Felda sebelum ini ditolak kerana menyenaraikan hotel di daerah Kuantan.