Ketua jurulatih bagi empat kelab utama Korea Selatan yang bersaing di pentas Asia menggesa penganjur liga tempatan agar mengubah peraturan yang membolehkan mereka merekrut lebih ramai pemain asing dalam pertandingan di peringkat benua.
Dalam saingan yang membuka tirai pertengahan bulan ini, Ulsan HD FC, Gangwon FC dan FC Seoul yang bersaing dalam K League 1 akan mengharungi Liga Juara-Juara Elit (ACLE), manakala sebuah lagi pasukan Liga K 1, Pohang Steelers, akan bersaing dalam ACL2.
Buat masa ini, kelab Liga K 1 dibenar untuk mendaftarkan hingga enam pemain import tetapi hanya empat daripada mereka yang boleh diturunkan serentak.
Jurulatih-jurulatih kelab itu dalam sidang media hari ini sebulat suara menjelaskan percanggahan kuota pemain asing berbanding liga luar negara dianggap mampu menjejaskan daya saing wakil Korea Selatan di pentas Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
*Kredit imej Yonhap News