Penyerang berbisa Johor Darul Ta'zim (JDT), Joao Figueiredo, beranggapan keputusan tewas tipis 1-2 kepada Buriram United dalam kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Bangkok malam tadi sebagai 'bukan rezeki'.
Pemain kebangsaan itu turut menegaskan bahawa perjalanan pasukannya masih panjang selain optimis barisan kejurulatihan akan segera memperbaiki sebarang kelemahan juara 11 kali berturut-turut Liga Super itu.
"Kami membuat persiapan rapi untuk menghadapi Buriram tetapi sememangnya bukan hari yang baik buat JDT. Ya, kami agak kecewa selepas tewas pada aksi pertama saingan ACLE.
"Apa pun, kami perlu segera bangkit kerana perjalanan masih panjang dan banyak lagi perlawanan menanti. Apa jua kelemahan dalam aksi ini akan segera diperbaiki.
"Seperti yang saya katakan tadi, semuanya bukan rezeki saya untuk membantu JDT walaupun berhempas pulas memberikan persembahan terbaik.
Dalam pada itu, pemain berusia 29 tahun itu juga menegaskan bahawa keputusan itu akan menjadi pemangkin semangat buat pasukannya bangkit dalam aksi seterusnya nanti.
JDT dijadualkan akan menghadapi perlawanan kedua berdepan wakil Jepun, Machida Zelvia, pada 30 September nanti di laman sendiri.
"Bagaimanapun, saya tidak kecewa kerana nasib ternyata tidak menyebelahi dalam perlawanan ini.
"Kekalahan ini tidak akan mematahkan semangat kami kerana kami tetap bersatu sebagai satu pasukan dan bukannya mementingkan diri.
"Untuk aksi seterusnya, kami akan menilai semula prestasi dan sudah pasti barisan kejurulatihan akan mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang ada." katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.