Undian Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim baharu membabitkan wakil tunggal negara, Johor Darul Ta'zim (ACLE), akan bertemu lapan gergasi hebat Asia dengan pembahagian empat perlawanan di halaman sendiri, sementara empat lagi dilangsungkan di tempat lawan.
Menerusi format terkini kejohanan berprestij itu, skuad Harimau Selatan bakal menerima kunjungan Shanghai Port dan Shanghai Shenhua (China) selain FC Machida Zelvia serta Vissel Kobe (Jepun) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).
Namun, terdapat persoalan yang bermain di minda peminat melibatkan jaguh liga Jepun iaitu Machida Zelvia yang bertandang ke Malaysia pada 30 September depan.
Zelvia telah menandatangani pemain tengah kebangsaan Israel, Neta Lavi, dari Gamba Osaka, baru-baru ini.
Dengan statistik menarik ekoran tonggak penting yang sering melakukan penampilan, tidak mustahil Zelvia mempertaruh bakat Neta Lavi untuk menggempur benteng Harimau Selatan.
Meninjau laman transfermarkt, pemain berusia 28 tahun itu pernah merekodkan minit permainan dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan menjadi sandaran utama beberapa kelab.
Persoalannya, bolehkah dia melepasi sempadan Malaysia?
Ini kerana individu yang memegang pasport Israel secara amnya dilarang memasuki Malaysia berikutan Malaysia tidak mengiktiraf kedudukan Israel dan tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara itu, sekali gus mencerminkan sokongan kuat kepada Palestin.
Jika seseorang individu mempunyai dua kewarganegaraan, termasuk pasport Israel, mereka mungkin boleh memasuki Malaysia menggunakan pasport yang lain, tetapi adalah disyorkan untuk mendapatkan visa dan bersedia untuk penelitian yang berpotensi di sempadan (ketika proses saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)).
Seperti contoh, kehadiran Yossi Benayoun yang menggunakan pasport Sepanyol ketika kunjungannya bersama Chelsea mengadakan aksi persahabatan bertemu Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Difahamkan, Neta Lavi memiliki dua kewarganegaraan dan dia berpotensi menggunakan pasport Portugal untuk memasuki negara.
Sudah pasti, pertembungan skuad kendalian Xisco Munoz menentang Zelvia bakal menyajikan aksi memukau.
Atau adakah bakal ada perubahan membabitkan Neta Lavi?
Sebelum ini, terdapat isu di mana Malaysia dilucutkan hak penganjuran Malaysia dalam Kejohanan Renang Para Dunia di Kuching susulan pendirian Kerajaan Malaysia mengumumkan atlet Israel tidak dibenarkan untuk menyertai kejohanan itu.

Machida Zelvia have recently signed an Israeli player. Good luck getting him the clearance to come to Malaysia. https://t.co/CHAOlE7Vxq
— Lee Seng Foo??李成富 (@sengfoo88) August 15, 2025