Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan EURO 2024: Watkins, Bowen kembali perkuat skuad England

ad5ac36a-e97b-4ca6-be8f-a1817cba9578.png
Ollie Watkins dan Jarrod Bowen kembali bersama skuad kebangsaan tetapi sekali lagi tiada tempat buat Raheem Sterling kali ini.

Kem kedua terakhir pada 2023 bermula dengan perlawanan persahabatan Wembley menentang Australia sebelum menerima kunjungan Itali bagi saingan kelayakan EURO 2024.

Pengurus skuad England, Gareth Southgate menyenaraikan 26 pemain, dengan penampilan gandingan Levi Colwill dan Eddie Nketiah menamatkan penantian kembali ke skuad England.

Watkins tidak disenaraikan sejak Mac 2022 dan kembali bersama skuad selepas Southgate menyaksikan penyerang itu menjaringkan hatrik dalam kemenangan 6-1 Aston Villa menentang Brighton.

Bowen juga kembali ke skuad England buat kali pertama sejak September 2022 selepas menjaringkan lima gol dalam tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk West Ham.

Namun, tiada tempat buat rakan sepasukannya James Ward-Prowse walaupun permulaan musimnya tampak baik bersama pasukan timur London.

Ketiadaan Sterling juga adalah antara yang ketara selepas Southgate terlepas pandang penyerang yang membuat 82 penampilan bersama Chelsea, disenaraikan untuk perlawanan September. Mason Mount juga diketepikan walaupun kembali beraksi bersama Manchester United.

John Stones kembali pulih daripada kecederaan dan Bukayo Saka dipilih walaupun bimbang terhadap tahap kecergasannya, manakala Ben Chilwell, Eberechi Eze dan Callum Wilson juga diketepikan.

Harry Maguire dan Kalvin Phillips tetap mengekalkan tempat mereka walaupun terus disoal mengenai masa bermain mereka, manakala Jordan Henderson juga kekal selepas berpindah ke kelab di Arab Saudi.

Advertisement

Must Watch Video