Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Euro 2024: Lima pemain skuad 'treble' Manchester City kembali sertai England

man-city.jpg
Lima pemain Manchester City kembali ke pangkuan skuad kebangsaan England di St George’s Park hari ini selepas meraikan kejayaan meraih gelaran 'treble' bersama kelab itu.

England bimbingan Gareth Southgate sedang dalam persiapan bagi menghadapi perlawanan pusingan kelayakan Euro 2024 menentang Malta di laman lawan awal pagi Sabtu ini sebelum bertemu Macedonia Utara di Old Trafford tiga hari kemudian.

Keberadaan barisan pemain City bagi dua perlawanan itu pada awalnya mencetuskan tanda tanya memandangkan mereka baru sahaja meraikan kejayaan terbesar itu dengan perarakan piala semalam.

Jack Grealish, Phil Foden, Kyle Walker, John Stones dan Kalvin Phillips dijangka akan melaporkan diri bagi sesi latihan di St George’s Park hari ini sambil Declan Rice -- yang turut diberikan masa tambahan untuk melaporkan diri setelah mengetuai West Ham memenangi Liga Persidangan Europa (UECL) -- telah menyertai skuad kebangsaan itu sejak semalam.
 

Advertisement

Must Watch Video