Skip to main content

Bola Sepak

Gareth Southgate tidak akan ambil kesempatan ke atas Bukayo Saka

2_73620723.jpg
Pengurus England, Gareth Southgate berkata dia tidak akan mempertaruhkan Bukayo Saka dengan memilihnya untuk bermain jika dia tidak cergas sepenuhnya.

Saka tersenarai ke dalam skuad 26 pemain untuk perlawanan persahabatan menentang Australia dan Itali bagi saingan kelayakan EURO 2024 walaupun dengan kecederaan yang dialami daripada tiga perlawanan terakhir bersama Arsenal.

Dia kini sedang dinilai menjelang pertembungan Liga Perdana Inggeris Ahad ini menentang Manchester City sebelum skuad itu dijadualkan untuk berkumpul awal minggu depan.

Southgate berkongsi dia mahu barisan pemain terbaiknya bersedia untuk perlawanan terbesar, termasuk pertembungan sengit bagi saingan Kejuaraan Eropah menentang Itali di Wembley 17 Oktober ini.

"Saya hanya boleh turuti apa yang dikatakan oleh Mikel (Arteta) mengenai beberapa perlawanan terakhir,"kata Southgate mengenai tahap kecergasan Saka.

"Kami menjaga pemain sama seperti apa yang dilakukan oleh skuad negara lain. Sentiasa ada tumpuan kepada pemain kami kerana mereka juga bermain untuk kelab dan kini bermain untuk skuad kebangsaan.

"Sedangkan negara lain memanggil pemain yang bermain di Liga Perdana Inggeris tetapi tiada siapa yang memberikan tumpuan dengan melihat bagaimana pemain dijaga dan dilatih.

"Apabila kami mengadakan perbincangan yang sangat baik bersama semua kelab, saya rasa hampir kesemua dari mereka akan bersetuju bahawa kami mungkin memberikan maklum balas yang lebih baik dari negara lain.

"Mereka berikan kepercayaan kepada kami dalam membuat keputusan yang tepat untuk jangka masa yang panjang. Kami cuma mempunyai 10 perlawanan setahun. Dan ada kalanya... Bukayo, sebagai contoh, tidak selalu diturunkan.

"Tetapi jika ada perlawanan penting dan kita perlukan pemain terbaik, sudah semestinya kita mahu turunkan mereka. Walaupun kami bertanggungjawab untuk melayakkan England, saya tidak pernah mengambil risiko terhadap kecergasan fizikal pemain...saya pernah menjadi pemain dan itu adalah perkara yang saya tidak akan lakukan."

 

Advertisement

Must Watch Video