EURO 2024
EURO 2024: Tedesco ratapi nasib malang Belgium
Domenico Tedesco berasakan Belgium bernasib malang selepas tersingkir daripada EURO 2024 berikutan kekalahan kepada Perancis dalam pusingan 16, awal pagi tadi.
The Red Devils, yang terkandas di peringkat kumpulan Piala Dunia 2022, mengalami satu lagi penyingkiran awal selepas gol sendiri Jan Vertonghen -- lima minit menuju masa kecederaan sudah cukup menjadi jurang pertemuan di Dusseldorf itu.
Berusia 37 tahun dan 68 hari, Vertonghen menjadi pemain tertua yang melakukan jaringan sendiri dalam Kejohanan Eropah dan pemain Belgium pertama melakukannya.
Iklan
Finalis 1980 itu terkeluar daripada saingan ini setelah gagal menjaringkan sebarang gol dalam tiga daripada empat perlawanan mereka, tidak termasuk kemenangan 2-0 ke atas Romania yang menyaksikan Romelu Lukaku gagal mencari penyudah, manakala tiga gol yang dicetaknya dibatalkan selepas semakan video bantuan pengadil (VAR).
Tedesco berasa simpati dengan pemain nombor sembilannya itu dan ketua jurulatih tersebut tertanya-tanya apakah sebenarnya yang telah berlaku.
"Anda tidak boleh benar-benar mengatakan bahawa tuah tidak mengiringi kami dalam kejohanan ini berdasarkan perlawanan pertama dan gol yang dibolosi malam ini," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas perlawanan.
Domenico Tedesco berasakan Belgium menjadi bernasib malang selepas tersingkir daripada EURO 2024 berikutan kekalahan kepada Perancis dalam pusingan 16, awal pagi tadi.
"Jika anda fikir Romelu akan pulang dengan sifar gol selepas perlawanan seperti ini, malah Jeremy Doku juga tiada gol mahupun mencipta sebarang bentuk bantuan jaringan -- bagi saya, ia sukar dipercayai kerana mereka telah beraksi dengan baik dan mereka berhak mendapat lebih banyak lagi.
"Kami menaruh kepercayaan tinggi terhadap Romelu, dia sempat membuktikan bahawa dia merupakan pemain yang benar-benar mampu memacu pasukan ke tahap yang lain, bahawa dia boleh menjaringkan gol. Dia sentiasa ada dan berbahaya untuk lawan.
"Dia mengharungi kejohanan yang sukar. Biasanya, dia mungkin penjaring terbanyak selepas peringkat kumpulan tetapi dia telah menamatkan perlawanan ini tanpa gol, jadi ia bukan mudah."
Must-Watch Video