Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Switzerland yakin perangkap England

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yakin.png
Ketua jurulatih Switzerland, Murat Yakin, amat pasti pasukannya mampu mencetuskan masalah besar kepada England sempena pertemuan suku akhir EURO 2024 di Dusseldorf, tengah malam ini. 

Switzerland lolos ke suku akhir kejohanan utama kelima mereka itu selepas menundukkan Itali di Berlin minggu lalu, hasil jaringan Remo Freuler dan Ruben Vargas.





Pasukan bimbingan Yakin itu mempamerkan prestasi cemerlang setakat ini apabila menduduki tempat kedua Kumpulan A selepas mengikat tuan rumah, Jerman, dalam perlawanan terakhir kumpulan.

Justeru, Switzerland berharap untuk mencipta sejarah mara ke separuh akhir kejohanan besar buat julung kalinya.

Bagaimanapun, mereka perlu mengatasui rintangan England yang masih belum bersinar tetapi hanya tewas sekali daripada 24 pertemuan terakhir dengan Switzerland.

Apa pun, Yakin melahirkan keyakinan terhadap anak buahnya untuk mengubah skrip, berbekalkan momentum kemenangan ke atas Azzurri.

"Kami gembira untuk berada pada saat ini, untuk beraksi dalam perlawanan ini," katanya.


 

“Kami telah beraksi dengan baik dan kami mampu mencipta masalah untuk pasukan utama. 

“Kami dalam keadaan yang baik, kami berkeyakinan tinggi dan kami telah membuktikan dalam beberapa perlawanan bahawa kami berupaya mencabar pasukan gergasi. 

"Kami telah menyingkirkan juara bertahan, kami juga menghadapi tuan rumah, Jerman. Jadi kami akan menimbulkan masalah kepada England pula."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video