EURO 2024
EURO 2024: Pemain tengah Switzerland sindir kem England
Pemain tengah Switzerland, Steven Zuber, berkata rakan sepasukannya tidak terganggu dengan kehangatan perbincangan mengenai skuad England yang hanya gah di luar padang menjelang pertembungan suku akhir.
England telah dikritik hebat berpandukan prestasi mereka dalam EURO 2024 setakat ini dan diselubungi tekanan hebat dari luar.
Zuber mengakui kualiti yang ada dalam barisan England tetapi telah berjanji skuad kendalian Murat Yakin itu akan membuktikan kemampuan hanya di atas padang di Dusseldorf, tengah malam Ahad ini.
Iklan
"Kita tidak perlu bercakap lagi tentang kualiti skuad England atau selebihnya," katanya.
Good mood, great practice ⚽️? We keep pushing #natimiteuch #lanatiavecvous #lanaticonvoi #lanaticunvus #euro2024 pic.twitter.com/i31PvVbBPU— ?? Nati (@nati_sfv_asf) July 4, 2024
"Saya tidak mengikuti rapat perkembangan mereka. Sejujurnya, ia juga bukan urusan kami, kami hanya tumpukan kepada diri sendiri.
“Kami tahu kekuatan, kualiti sendiri dan kami teruja dengan perlawanan ini untuk menunjukkan kualiti di atas padang, bukan di sebelah padang kerana kami tidak pandai bercakap, kami hanya pandai menunjukkan kualiti kami di atas padang. "
Must-Watch Video