Kai Havertz membandingkan dirinya dengan Harry Kane sambil penyerang Jerman itu mengakui tidak faham kritikan terhadap peranan utama untuk tuan rumah EURO 2024 itu.
Havertz mengetuai barisan serangan dalam ketiga-tiga perlawanan Kumpulan A membabitkan Jerman apabila mencetak namanya selaku penjaring menerusi sepakan penalti selain mencipta hantaran gol dalam kemenangan pembukaan 5-1 ke atas Scotland pada hari perlawanan pertama kempen.
Walaupun penyerang Arsenal itu gagal menambah jumlah berkenaan dalam dua perlawanan berikutnya yang menyaksikan pemain gantian, Niclas Fullkrug, meledak dua gol termasuk jaringan penyamaan lewat ketika menentang Switzerland.
Havertz sering dikritik kerana kurang menyumbangkan gol sebagai pemain nombor sembilan, tetapi dia menegaskan bahawa peranan itu lebih daripada sekadar menghasilkan jaringan sambil merujuk penyerang England dan Bayern Munich, Kane, sebagai contoh.
"Bola sepak telah berkembang dengan cara yang luar biasa terutama dalam beberapa tahun kebelakangan ini," katanya kepada Sport1.
"Pemain manakah di Eropah yang benar-benar seorang penyerang tengah yang klasik? Mungkin Erling Haaland.
"Malah, Harry Kane pun bukan dalam senarai itu. Walaupun dia mempunyai penyudah yang hebat tetapi dia tidak hanya berdiri di hadapan kotak penalti dan menunggu bola. Itulah sebabnya saya tidak faham kritikan terhadap saya.
"Saya berjaya memainkan peranan ini sejak enam bulan lalu. Saya berasa selesa untuk mengetuai jentera serangan dan berasa mampu mengisinya untuk jangka masa panjang."