Julian Nagelsmann terkilan melihat impian Jerman untuk memenangi kejohanan di tempat sendiri lebur di tangan Sepanyol.
Walaupun jaringan lewat Florian Wirtz awal pagi tadi berhasil membatalkan gol pembukaan Dani Olmo tetapi sentuhan pemusnah Mikel Merino pada minit ke-119 berjaya memastikan Sepanyol membenam tuan rumah.
Kekalahan 1-2 itu sukar ditelan Jerman setelah bekerja keras untuk bangkit mengikat seteru tersebut yang dianggap paling menonjol dalam kejohanan edisi kali ini.
Ketua jurulatih Jerman itu berasakan barisannya lebih berhak layak dengan menjelaskan: "Sukar untuk menahan sebak. Kami tidak wajar kalah pada hari ini.
"Kami bertindak balas dengan baik selepas rehat. Sepanyol hanya mempunyai dua peluang dalam separuh masa kedua dan kami lebih hampir kepada pemenang berbanding Sepanyol.
"Ada percubaan kami terkena tiang, kami juga mempunyai peluang menerusi tandukan.
“Ia memeritkan, ia akan mengambil sedikit masa untuk menjadikannya lebih baik dan saya berasakan tiada lagi peluang seterusnya dalam karier saya ini untuk mengemudi pasukan kebangsaan dalam kejohanan yang diadakan di tempat sendiri.

“Kami mempunyai pasukan yang bersatu padu. Anda boleh rasakannya sebaik gol pembukaan itu, kami tidak mudah berpuas hati; kami lebih gigih.
"Jika kami bangkit seperti sebelum ini selepas membulatkan tekad maka kami sepatutnya layak, tetapi kami sesungguhnya telah cuba sedaya upaya."

Farewell, Toni Kroos. pic.twitter.com/ACpQG5CzHY
— Opta Analyst (@OptaAnalyst) July 5, 2024