Kevin De Bruyne mengesahkan dia mungkin kekal di Manchester City untuk musim akan datang tetapi berkata "sukar untuk mengatakan apa yang akan berlaku" selepas itu.
Kontrak De Bruyne berbaki setahun lagi tetapi khidmatnya sedang diintai kelab Liga Pro Saudi sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Pemain Belgium itu menikmati tempoh sembilan tahun yang cemerlang di City sejak menyertainya daripada Wolfsburg pada 2015 denganmemenangi enam kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), Liga Juara-Juara (UCL), lima Piala EFL, dua Piala FA dan Piala Dunia Kelab.
Justeru, De Bruyne berhasrat untuk memikirkan masa depannya sebaik sahaja kejohanan itu berakhir.
“Saya telah membaca banyak tajuk utama tetapi saya belum berbincang dengan sesiapa pun,” kata pemain tengah itu kepada HLN, menerusi The Athletic.
"Saya harap saya boleh bertahan beberapa tahun lagi. Semua orang tahu kontrak saya di City tinggal setahun lagi. Dan saya belum bercakap dengan sesiapa lagi. Saya mengandaikan akan ada perbincangan dengan City dalam beberapa bulan akan datang.
"Jika tidak, saya perlu mencari sesuatu yang lain. Tetapi sukar untuk mengatakan apa yang akan berlaku.
"Apa pun saya sangat tenang mengharungi musim panas ini. Saya mahu menikmati percutian dan kemudian saya akan kembali ke City."
Sertai Ultimate Liga Super Fantasy dan peluang menangi hadiah sepanjang musim di sini.