Pemain berdarah Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal, akan menyarung jersi nombor lapan bersama kelab barunya, Sporting JAX.
Perkara itu maklumkan kelab berkenaan ketika mengumumkan senarai pemain mereka menjelang musim baru ini.
Advertisement
Selepas meninggalkan St. Louis City 2 penghujung tahun lalu, pemain berusia 27 tahun itu kini akan beraksi bersama kelab Jacksonville berkenaan dalam saingan Divisyen 2 Amerika Syarikat, USL Championship.
Ia satu lonjakan besar buat pemain tengah itu memandangkan bersama St Lois City, dia hanya beraksi dalam saingan MLS Next Pro, iaitu saingan divisyen 3 dalam piramid bola sepak negara itu.
Bersama St Louis City sejak 2022, Wan Kuzain mengumpulkan 96 penampilan, 15 jaringan dan 12 bantuan gol biarpun pernah dilanda kecederaan jangka panjang.
Sebagai rekod, Wan Kuzain kerap dikaitkan untuk menyarung jersi Harimau Malaya dan beberapa kali berada dalam senarai bersedia.