Persiapan melayakkan diri ke temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, jaguh olahraga 400 meter negara, Umar Osman, semakin hampir menemui rentak larian terbaiknya selepas memenangi pingat emas dalam Kejohanan Terbuka Perak pada 16 Mei lalu.
Larian emas dengan catatan masa 46.48s (saat) itu secara tidak langsung memadam rekod kejohanan yang dicipta Asir Victor yang telah bertahan selama 58 tahun sebelum ini.
Berasa lega dengan prestasi yang disifatkan meningkat, rekod itu juga memacu motivasi pemenang pingat emas Sukan SEA Kemboja itu untuk cuba melakukan larian dibawah catatan 46.50s dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Taiwan pada 6 hingga 7 Jun depan.
"Untuk pergi ke Taiwan dengan catatan masa itu agak perlahan, buat saya gementar kerana jika kita mahu bersaing di luar negara semestinya mahu berikan catatan masa terbaik.
"Namun, dengan catatan masa 46.48s di Terbuka Perak sebelum ini menaikkan semangat saya untuk lebih konsisten, prestasi ada peningkatan dan ia merupakan perkara positif untuk ke Sukan Asia nanti." katanya.