Persoalan akhirnya terjawab apabila Malaysia NT mengumumkan senarai 26 pemain yang dipanggil menyertai Harimau Malaya menghadapi Piala Hyundai ASEAN bermula bulan ini.
Antara yang paling mencuri tumpuan adalah Wan Kuzain Wan Kamal yang mendapat panggilan pertiwi selepas beberapa kali berada dalam senarai bersedia, kali ini akan mewarnai pasukan utama mencabar kejuaraan serantau itu.
Buat kali pertama, bintang Kuching City, Rodney Celvin, dengan status berdarah warisan Malaysia-Ghana, selain Richard Chin dipilih bagi membantu skuad kebangsaan sebagai pilihan pertahanan.
Pemain dari Johor Darul Ta'zim (JDT), Ibrahim Manusi, turut mendapat panggilan pertama bersama Harimau Malaya sepanjang kariernya.
Paulo Josue, Sergio Aguero, Endrick Dos Santos dan Mohamadou Sumareh antara tonggak naturalisasi yang akan menerajui jentera skuad kendalian ketua jurulatih interim Malaysia, Tan Cheng Hoe.
Penyerang yang berkelana di Jepun yang sebelum ini banyak mewakili skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak, juga bakal membuat debut dalam pasukan senior.
Dominic Tan, Syafiq Ahmad, Azri Ghani dan Ubaidullah Shamsul Fazili antara muka-muka berpengalaman turut serta bersama.
Beberapa bintang yang beraksi dalam Liga A1 Semi-Pro musim lalu bersama JDT II turut menjadi sandaran kali ini.
Senarai penuh:
Bekas Pengarah Teknikal Harimau Malaya itu menghadapi satu situasi sukar dalam menyediakan pasukan kerana kejohanan itu berlangsung di luar kalendar perlawanan di bawah Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan juga ketika kelab-kelab yang beraksi dalam saingan Liga Super 2026/27 baru sahaja memulakan latihan pramusim masing-masing.
Bagaimanapun, barisan 26 pemain yang dipanggil Tan Cheng Hoe ini tetap akan melakukan persiapan bermula pada Rabu, 15 Julai 2026 dengan tempoh masa lapan hari latihan.
Jadual perlawanan Kumpulan B seperti berikut:
1) Myanmar vs Harimau Malaya | 25 Julai, Sabtu di Stadium Thuwunna.
2) Harimau Malaya vs Laos | 28 Julai, Selasa di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
3) Thailand vs Harimau Malaya | 1 Ogos, Sabtu di Stadium Rajamangala.
4) Harimau Malaysa vs Filipina | 8 Ogos, Sabtu di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Dua pasukan teratas Kumpulan A dan B akan mara ke saingan separuh akhir yang berlangsung secara timbal balik pada 15/16 Ogos dan 18/19 Ogos 2026, disusuli aksi final juga secara timbal balik pada Sabtu, 22 Ogos 2026 dan Rabu, 26 Ogos 2026.