Skip to main content

Sukan SEA

(TERKINI) Sukan SEA Thailand: Skuad hoki negara mudah menang emas belasah tuan rumah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Hoki Emas

Skuad hoki negara menepati ramalan apabila memenangi pingat emas Sukan SEA Thailand 2025 dengan menewaskan pasukan tuan rumah, Thailand, 8-0 dalam aksi final hoki padang di Chonburi sebentar tadi.

Menariknya, kesemua lapan gol itu terhasil daripada gerakan padang dan bukannya melalui pukulan penalti atau pukulan sudut penalti.

Advertisement

Malaysia berada di depan pada minit ke-15 menerusi pukulan pemusnah Muhajir Abdu Rauf sebelum pertahanan kiri, Faiz Helmi Jali, menggandakan kelebihan itu pada minit ke ke-27.

Berselang seminit, Nik Aiman Nik Rozemi, memastikan Malaysia berkelebihan tiga gol sebelum separuh masa.

Amukan sebenar The Speedy Tigers bermula dalam separuh masa kedua apabila Fitri Saari meneruskan pesta gol skuad negara pada minit ke-42.

Alfarico Liau kemudian menjaringkan gol kelima kem negara pada minit ke-50 dan Amanraj Sarwan menutup permainan selaku pemain terbaik menerusi ledakan hatriknya pada lewat permain, masing-masing pada minit ke-55, 57 dan 60.

Kemenangan itu merupakan pingat emas ke-18 skuad hoki negara di pentas Sukan SEA sejak 1971.

Kontinjen Malaysia kini sudah mengumpulkan 48 pingat emas setakat ini.


 

Must Watch Video