Skip to main content

Sukan SEA

(TERKINI) Sukan SEA Thailand: Pasukan boling wanita cemerlang butir emas ketepikan Indonesia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

boling Fours

Skuad boling wanita negara cemerlang meraih pingat emas acara empat sepasukan wanita Sukan SEA Thailand 2025 apabila menewaskan Indonesia dalam aksi final di Bangkok sebentar tadi.

Dibarisi Nur Hazirah Ramli, Adania Redzuan, Sin Li Jane dan Natasha Roslan, pasukan negara menghimpunkan 817 mata untuk bergelar juara pada ketika Indonesia hanya meraih 773 mata.

Advertisement

Sebagai rekod, ia merupakan pingat emas kedua skuad boling negara dalam edisi ini selepas gandingan Rafiq Ismail dan Syazirol Shamsudin mengungguli acara doubles lelaki.

Kontinjen negara kini sudah menghimpunkan 51 pingat emas setakat ini.

Must Watch Video