Skip to main content

Sukan SEA

(TERKINI) Sukan SEA Thailand: Sanjay Jeeva butir emas skuasy atasi rakan senegara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Sanjay Jeeva

Sanjay Jeeva memastikan kilauan emas berterusan buat kontinjen negara apabila memenangi acara skuasy perseorangan lelaki Sukan SEA Thailand 2025 dengan mengatasi rakan senegara, Duncan Lee, 3-1 di Bangkok sebentar tadi.

Sanjay tewas 6-11 dalam set pertama tetapi dia kemudian bangkit memenangi tiga set berikutnya, 11-6, 11-5, 11-4.

Advertisement

Ia merupakan emas keempat disumbangkan oleh kem skuasy negara dalam edisi ini.

Kontinjen negara kini sudah menghimpunkan 51 pingat emas setakat ini.

 

Must Watch Video