Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah, mengesahkan slot awal ke separuh akhir Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Hangzhou, China, sebentar tadi.
Wakil negara yang turun selaku pilihan pertama kejohanan itu menewaskan lawan dari Jepun, Ria Iwanaga-Kie Nakanishi, yang berada di ranking keenam dunia itu, 21-13,21-18 dalam tempoh 36 minit.
Advertisement
Pearly-Thinaah mempamerkan aksi bertenaga untuk mengungguli set pertama 21-13 serta memaksa pemain lawan kerap melakukan kesilapan mudah, sebelum mengakhiri set kedua dengan kemenangan 21-18 meskipun menerima saingan sengit daripada pemain lawan.
Pemenang pingat sukan Sea Thailand itu mengesahkan slot ke separuh akhir selepas mencipta dua kemenangan berturut-turut -menumbangkan gandingan tuan rumah, Jia Yi Fa-Zhang Shi Xian dalam aksi pertama semalam- dalam saingan peringkat kumpulan.