Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Olimpik Remaja Dakar: Tumpuan pentas akhir atlet breaking negara

Dakar
Advertisement

Sukan Olimpik Remaja Dakar 2026 menyaksikan khabar positif buat kontinjen Malaysia apabila atlet sukan breaking wanita negara, Tia Clarissa (Reese), berjaya mengesahkan tiket ke peringkat suku akhir bagi acara B-Girls.

Beraksi dalam pusingan awal Kumpulan A (round robin), Reese memulakan cabaran menentang wakil Jepun yang juga pendahulu keseluruhan, Hiyo, sebelum akur tewas 0-2 (0-18). Dia bagaimanapun bangkit dengan persembahan cukup bertenaga pada perlawanan kedua apabila menewaskan wakil tuan rumah dari Senegal, Suzz, dengan keputusan dominan 2-0 (17-1). Meskipun tewas 0-2 (5-13) kepada Qeeun Lolita dalam aksi terakhir kumpulan, kutipan mata keseluruhan meletakkan Reese di kedudukan keenam keseluruhan untuk melangkah bergaya ke peringkat suku akhir.

Advertisement

Pentas tumpuan terakhir bagi kontinjen Malaysia hari ini bakal menyaksikan Reese turun berentap menentang wakil Ukraine yang menduduki tempat ketiga pusingan awal, Nikastar, dalam aksi penentuan suku akhir yang dijadualkan berlangsung pada jam 6:21 petang waktu Malaysia (10:21 pagi waktu Dakar).

Sementara itu, di perairan Dakar, pelayar windsurfing wanita negara, Angie Ang Tan Yie, melabuhkan tirai kempen dengan menamatkan saingan di kedudukan ke-14 keseluruhan daripada 23 pelayar terbaik dunia. Pada hari terakhir pertandingan hari ini, Angie mencatat tempat ke-16 pada Race 12, tempat ke-11 pada Race 13, dan tempat ke-13 pada Race 14, manakala perlumbaan terakhir (Race 15) terpaksa dibatalkan.

Advertisement

Secara keseluruhan, Angie mengumpul 128 mata bersih (net points) dan 178 mata terkumpul selepas mengharungi cabaran berintensiti tinggi selama beberapa hari di perairan Dakar.

Pingat emas acara tersebut diraih pelayar Itali, Laura Grasso Castagnetta, diikuti wakil Sepanyol, Olivia Sanchez (perak), dan gangsa milik Wu Yizan dari China. 
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video