Malaysia melalui hari paling cemerlang dalam Sukan SEA Thailand dengan memungut 11 pingat emas.
Pencak silat memulakan kempen hari ini dengan emas daripada Ummi Mashitah Hassan sebelum jejaknya diturut Izzul Irfan Marzuki.
Advertisement
Kontinjen muay thai negara juga cemerlang dengan tiga emas menerusi kelibat Mikail Ghazali Zulfikar, Wassof Rumijan dan Angie Yan.
Skuasy meneruskan dominasi dengan dua pingat emas sentuhan Harith Daniel Jefri dalam acara beregu campuran dan beregu lelaki.
Ketika semua mata tertumpu kepada skuad kelaki, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) sebaliknya menghadiahkan emas ke 40 buat negara dengan menundukkan pasukan pilihan, Filipina.
