Skip to main content

Badminton

Terbuka Malaysia: Nak nangis ke marah ke, buat sekarang -- Lee Chong Wei

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

DLCW

"Anda hendak menangis ke, nak marah ke, buat sekarang.

Demikian kata-kata Pengerusi Jawatankuasa Prestasi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Lee Chong Wei, terhadap Pearly Tan-M. Thinaah, selepas tewas kepada gandingan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari, dalam pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia edisi kali ini.

Advertisement

Legenda merangkap Olimpian itu berjumpa dengan gandingan beregu wanita negara bagi memberikan motivasi selepas melihat tangisan pasangan tersebut yang masih berdepan dengan badi dalam pusingan awal kejohanan bertaraf super 1000 itu.

Menurutnya, gandingan wanita nombor dua dunia itu mengakui kesukaran bermain di laman sendiri serta memikul tekanan yang hebat untuk merealisasikan harapan peminat untuk melihat mereka mara lebih jauh.

"Tiada alasan mereka kalah.

"Mereka berkata tidak boleh bermain di tempat sendiri. Saya memahami tekanan itu.

"Setiap atlet mensasarkan untuk membuat yang terbaik.

"Memang kecewa. Saya pesan jika mahu menangis atau marah, buat sekarang.

"Esok adalah hari baru," katanya di Nadi Arena.

Must Watch Video