Skip to main content

Bola Sepak

Kami bukan pasukan bermusim -- Syed Mahadi beri jaminan Star City akan bertahan untuk jangka masa panjang

a

'Kami bukan pasukan bermusim'

Itu penegasan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Star City, Datuk Syed Mahadi Syed Hassan, yang memberikan jaminan pasukannya akan kekal untuk tempoh jangka masa panjang dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M).

Dia berkongsikan Star City ditubuhkan dengan visi dan misi cukup jelas iaitu untuk muncul sebagai salah sebuah pasukan yang disegani.

Meskipun sedar akan cabaran besar menanti pasukannya, Syed Mahadi percaya dengan kerjasama erat semua pihak, tidak mustahil Star City mampu melangkah jauh bukan sahaja di pentas domestik malah di pentas antarabangsa.

Dia komited bahawa pihak kelab bukan sekadar memperkukuhkan skuad utama, sebaliknya ia turut merangkumi program pembangunan akar umbi demi melahirkan lebih ramai atlet pelapis.

Dia menyeru kepada semua peminat bola sepak di utara tanah air khususnya di kedah dan perlis untuk bersama-sama berikan sokongan buat star city.

"Umum mengetahui Mehmet memiliki pengalaman luas, berdisiplin dan mengetahui landskap bola sepak negara, sasaran kami bukan kejar kedudukan liga, tetapi mahu dilihat sebagai pasukan yang memiliki identiti pasukan yang jelas, disiplin, kompetitif dann konsisten.

"Kami perlu buktikan Star City pasukan dihormati bukan saja di atas padang, tetapi pengurusan yang tersusun," kongsinya.

 

 

 


Syed Mahadi turut menaruh harapan tinggi untuk melihat skuad kendalian Mehmet Durakovic mencapai sasaran yang ditetapkan pihak pengurusan kelab untuk berada di kelompok tiga pasukan terbaik Liga Super 2026/27.

"Star City bukan pasukan bermusim tetapi kami membina satu institusi bola sepak, bukan pasukan Utama sahaja tetapi membangunkan akar umbi, pelapis, untuk pelan jangka masa panjang.

"Kami akan bertahan walau apa berlaku sekali pun." katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video