Skip to main content

Badminton

Razif harap Fairuzizuan mampu curah pengalaman, beri idea baru kepada beregu profesional negara

A

Pemenang gangsa beregu lelaki Sukan Olimpik Barcelona 1992, Datuk Razif Sidek, percaya kemasukan Fairuzizuan Tazari mampu menyuntik tonik kepada beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani untuk meraih gelaran juara pada Kejohanan Badminton Dunia yang akan berlangsung bermula 17 hingga 23 Ogos di Stadium Tertutup Indira Gandhi, India.

Menurutnya, pengalaman dimiliki Fairuzizuan ketika bergandingan dengan Zakry Latif di pentas antarabangsa antara elemen yang diperlukan untuk memastikan FeiDin terus mendapat input-input penting untuk diaplikasikan dalam persembahannya.

 

 

 



Ketika ini, Malaysia dapat menyaksikan persaingan sihat melibatkan Sze Fei dan Izzuddin serta Aaron Chia dan Soh Wooi ik yang merupakan antara beregu terbaik dunia apabila kedua-duanya berada dalam ranking 10 terbaik dunia.

"Saya ucapkan tahniah kepada Fairuz kerana melatih pemain professional negara, saya harap pengalaman yang dia miliki, masih aktif dalam kejurulatihan dapat beri semangat dan idea-idea baru agar pemain profesional negara agar lebih maju.

 

"Saya harap ia berterusan sehingga ke Sukan Olimpik dan persiapan untuk Kejohanan Dunia lebih baik." katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video