Skip to main content

Bola Sepak

SUKMA: Amirudin optimis penganjuran tetap meriah meski dianjur secara berjimat

SUKMA: Amirudin yakin tetap penganjuran tetap meriah meski dianjur secara berjimat

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, yakin penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 tetap mempunyai daya tarikan tersendiri meskipun temasya kali ini berlangsung dalam suasana lebih berjimat.

Menurut Amirudin, Selangor bersedia sepenuhnya untuk menjadi tuan rumah selepas kali terakhir menganjurkan temasya sukan terbesar negara itu pada 1998.

Bagaimanapun, dia mengakui penganjuran SUKMA kali ini hadir dalam keadaan yang berbeza, khususnya mengambil kira perkembangan semasa termasuk konflik di Asia Barat yang memberi kesan kepada keadaan ekonomi dan kewangan.

Dalam masa sama, Amirudin berkata Selangor turut mengambil kira titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, supaya penganjuran SUKMA dilakukan secara berhemah tanpa pembaziran.

Jelasnya, pendekatan berjimat tidak seharusnya dilihat sebagai kekangan untuk menghasilkan penganjuran berkualiti.

Sebaliknya, ia menjadi peluang untuk Selangor menampilkan model penganjuran yang lebih praktikal, berimpak dan memberi manfaat kepada rakyat.

Sementara itu, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi, memahami terdapat beberapa faktor yang menyebabkan peruntukan daripada kerajaan Persekutuan tidak disalurkan untuk penganjuran SUKMA edisi kali ini.

Namun, Najwan percaya perkara tersebut tidak akan menjejaskan kelancaran temasya yang bakal menghimpunkan ribuan atlet dari seluruh negara.

Najwan menegaskan kerajaan negeri Selangor bersedia menanggung keseluruhan kos penganjuran menggunakan peruntukan negeri bagi memastikan segala persiapan berjalan seperti dirancang.

Lebih penting, dia percaya semangat SUKMA bukan hanya terletak pada kemewahan penganjuran, sebaliknya peluang untuk atlet muda seluruh negara beraksi, mencipta nama dan memburu kejayaan.

Dengan Selangor kembali menjadi tuan rumah selepas hampir tiga dekad, SUKMA 2026 turut dilihat sebagai medan untuk negeri itu membuktikan keupayaannya mengendalikan temasya berskala besar secara cekap dan berhemah.

Pendekatan berjimat, namun tidak mengorbankan kualiti — itulah cabaran utama yang kini perlu diterjemahkan Selangor apabila SUKMA 2026 membuka tirainya.

Apa yang pasti, Selangor mahu memastikan faktor kewangan bukan penghalang untuk mencipta sebuah temasya yang meriah, kompetitif dan meninggalkan kenangan buat atlet serta rakyat Malaysia.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video