Harimau Malaya kini kekurangan tiga pemain.
Pasukan kebangsaan terus dihimpit berita buruk apabila seorang lagi pemain berdepan kecederaan menjelang perlawanan hidup mati untuk mara ke pusingan seterusnya Piala Hyundai ASEAN menentang Filipina di Cheras, Kuala Lumpur malam ini.
Selepas kehilangan Endrick Dos Santos dan Jimmy Raymond, jurulatih interim negara, Tan Cheng Hoe, turut mengesahkan bekas tonggak Terengganu, Engku Nur Shakir Engku Yacob, akan terlepas aksi getir itu susulan kecederaan, sekali gus dijangka terlepas aksi penting bertemu pelawat.
“Engku Nur Shakir cedera”, Tan Cheng Hoe on status pasukan selepas turut kehilangan Jimmy Raymond dan Endrick Dos Santos.@ASTROARENA pic.twitter.com/tnsZPlBIGK
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) August 7, 2026
Perlawanan terakhir Kumpulan B menyaksikan skuad negara hanya memerlukan keputusan seri sambil mengharapkan pencabar terdekat, Myanmar, turut seri atau kalah berdepan pendahulu, Thailand, bagi menempah tiket ke separuh akhir.
Ketika ini, Malaysia dan Myanmar mempunyai pungutan enam mata dibezakan jumlah jaringan dan bolos.
Kemenangan ke atas The Azkals malam ini sudah tentu meletakkan Malaysia mendahului tempat kedua dengan selesa untuk bergelar naib juara kumpulan.