Pulang penuh kehampaan. Hasrat Indonesia mengukir sejarah tidak kesampaian apabila gagal mara ke separuh akhir Piala Hyundai ASEAN susulan menamatkan kempen di tempat ketiga Kumpulan A malam tadi.
Ia, selepas Sang Garuda tidak berjaya menewaskan Singapura, sekali gus tersingkir mengikut jejak langkah Timor-Leste, Kemboja dan Laos.
Ratusan peminat yang turun ke Stadium Jalan Besar semalam mengungkapkan kekecewaan melihat prestasi Indonesia yang belum pernah memenangi gelaran serantau itu sejak pertama kali ditubuhkan yang sudah memasuki edisi ulang tahun ke-30 penganjuran.
Yang pengen marah-marah, udah kita wakilin :)) pic.twitter.com/j83Bw5VUGI
— Secondline Squad /// (@2ndlinesquad) August 7, 2026
Malah, media sosial turut dibanjiri dengan hantaran peminat mengenai pandangan skuad kebangsaan itu. Rata-rata tidak berpuas hati melihat kegagalan Indonesia meskipun memiliki bintang berdarah warisan dan ada yang beraksi dalam kempen Kelayakan Piala Dunia sebelum ini.
Thom Haye mahupun ketua pasukan, Rizki Ridho Ramadhani, cuba mengawal keadaan, namun kemarahan peminat mencetuskan ketegangan memuncak sebelum para pemain beransur masuk ke bilik persalinan.