Skuad Harimau Malaya terpaksa akur beraksi dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat, Piala ASEAN FIFA 2026 tanpa khidmat kapten pasukan, Dion Cools.
Perkara itu dijelaskan jurulatih interim, Tan Cheng Hoe, susulan pemain berusia 30 tahun itu mempunyai urusan peribadi yang perlu diselesaikan dengan segera.
Bagaimanapun, skuad kebangsaan masih mempounyai pilihan lain di jentera pertahanan tengah seperti Ubaidullah Shamsul Fazili, Harith Haiqal Adam Fakar untuk digandingkan bersama Brad Tapp.
"Dion Cools tidak bersama dengan kita untuk perlawanan akan datang disebabkan beliau mempunyai hal peribadi yang perlu diselesaikan dengan segera. Kita hormat dengan keputusan Dion dan kita harapkan yang terbaik untuk beliau.
"Memang dari segi pertahanan, Dion memainkan peranan yang cukup penting. Bukan sahaja sebagai ketua pasukan, dia juga membimbing di bahagian pertahanan dengan begitu baik dan juga pujian harus diberikan bukan sahaja kepada Dion.
"Saya rasa keseluruhan pemain dari segi komitmen setiap pemain dalam tiga perlawanan terakhir ini cukup baik." katanya dipetik dari MakanBola.
Malaysia akan turun berdepan Vietnam di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada Isnin ini.