Skip to main content

Bola Sepak

Rasmi Piala Hyundai ASEAN: Sah! Indonesia tersingkir, masih gagal buru kejuaraan

Indon

Selepas Timor-Leste, Kemboja dan Laos, Indonesia pasukan keempat pulang awal!

Sang Garuda masih tidak berpeluang untuk merangkul kejuaraan Asia Tenggara (ASEAN) apabila tersingkir daripada kempen Piala Hyundai ASEAN susulan seri 1-1 bertemu Singapura di Stadium Jalan Besar, semalam. 

Ia, sekali gus menyaksikan negara ranking ke-118 dunia itu gagal ke separuh akhir apabila mengakhiri saingan Kumpulan A di tempat ketiga, hanya dibezakan satu mata di belakang The Lions. 

Untuk rekod, Indonesia belum pernah memenangi gelaran serantau itu sejak pertama kali ditubuhkan yang memasuki ulang tahun ke-30 penganjuran. 

Tewas berdepan juara bertahan, Vietnam, di tempat sendiri, skuad kendalian John Herdman turun selaku pasukan pilihan, namun tuan rumah memiliki kelebihan apabila mengikat pelawat menerusi jaringan penyerang sensasinya, Ilhan Fandi Ahmad.

Meskipun hadir dengan beberapa muka berpengalaman, yang membantu Indonesia dalam Kelayakan Piala Dunia tahun lalu, ia bukan jaminan keras untuk menerajui pasukan itu ke tahap seterusnya, malah terpaksa menerima hakikat kemarau gelaran untuk dua tahun akan datang.

Singapura di bawah bimbingan Gavin Lee lolos ke peringkat kalah mati dengan menanti mereka juara daripada Kumpulan B tatkala memburu gelaran serantau buat kali kelima. 

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video