Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Malayan Tigress tagih program persiapan rapi hadapi cabaran di tempat sendiri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bola sepak


Ketua jurulatih Malayan Tigress, Joel Cornelli, menuntut program pengkhususan berterusan bagi melonjakkan prestij kem negara di pentas antarabangsa.

Kempen skuad bola sepak wanita dalam Kumpulan B, Sukan SEA Thailand di Chonburi berkubur selepas tewas kepada Vietnam dan terbaru, Myanmar.

Advertisement

Cornelli memiliki pengalaman selama dua dekad dan kepakaran membentuk program jangka masa panjang.

Justeru, pelantikannya pada Mei lalu menjadi detik permulaan perancangan strategik menuju kecemerlangan dalam tempoh dua tahun mendatang.

"Jika pasukan dikekalkan untuk Sukan SEA seterusnya, saya percaya dalam tempoh dua tahun kami akan menjadi lebih mantap.

"Dengan kerja keras untuk menjadi lebih kompetitif.

"Dengan sokongan dan suntikan kewangan, kami akan menjadi lebih kompetitif," katanya.

Melengkapkan formaliti kejohanan, skuad negara bakal diuji Filipina yang mencari kemenangan serta kelebihan jaringan.

Ini kerana, Filipina kembali menghidupkan peluang ke separuh akhir selepas mencipta kejutan menumbangkan pemenang pingat emas Sukan SEA 2023, Vietnam, 1-0 semalam.

"Kami perlu pastikan tidak bolos lagi dalam perlawanan seterusnya.

"Kami perlu lebih berdisplin dalam soal taktik dan tidak keluar posisi," kata pertahanan bola sepak wanita negara, Tegen Butler.
 

Must Watch Video