Skip to main content

Para ASEAN

Sukan Para ASEAN: Thailand, Indonesia halangan utama kilauan emas beregu tenis kerusi roda negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Sukan Para ASEAN

Bekas jaguh tenis kerusi roda negara, Azman Hassan, menyifatkan Sukan Para ASEAN sebagai platform penilaian prestasi terbaik buat atlet negara yang bertanding tatkala tirai temasya di Thailand itu bakal disingkap tiga hari sahaja lagi.

Bagi Azman -- yang pernah menduduki tangga kesembilan dunia dan membutirkan pingat emas dalam Sukan PARA ASEAN 2017 -- temasya di Nakhon Ratchasima kali ini boleh menjadi kayu pengukur kepada potensi atlet.

Advertisement

"Ini peluang atlet untuk ukur kemampuan pergi ke peringkat lebih tinggi.

"Dari sini atlet boleh ukur (kemampuan diri), kalau gagal di sini -- membabitkan 10 negara ASEAN -- bermakna kami perlu lipat gandakan usaha untuk bersaing di peringkat lebih tinggi seperti Asia, apatah lagi di tahap dunia," katanya.

Bekas atlet -- yang lumpuh sejak berusia lima tahun kerana menghidap penyakit polio itu -- melihat peluang cerah untuk membutirkan emas buat skuad tenis para negara dalam acara beregu, namun lebih sukar bagi acara perseorangan.

Ia berikutan saingan terbesar daripada tuan rumah serta indonesia kerana diwakili rata-rata pemain yang memiliki pengalaman luas bersaing di peringkat dunia termasuk Sukan Paralimpik.

"Potensi untuk acara perseorangan 50-50 tapi beregu boleh dapatkan emas.

"Thailand dan Indonesia kerap bermain di luar negara -- pendedahan antarabangsa -- jadi atlet perlu berwaspada.

"Beberapa pemain Thailand pernah beraksi dalam Paralimpik, jadi atlet dan jurulatih perlu memikirkan cara untuk mengatasi mereka," katanya. 

Topik Berkaitan

Must Watch Video