Skip to main content

Para ASEAN

Sukan Para ASEAN: Malaysia ada prospek pertahan emas lompat jauh T20

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

olahraga, lompat jauh T20, Sukan Para ASEAN

Chef-de-mission (CDM) Sukan Para ASEAN di Korat, Mohd Zarrawi Ravi Abdullah, menerima dengan hati terbuka berhubung keputusan Datuk Latif Romly yang terpaksa menarik diri -- empat hari sebelum tirai temasya disingkap.

Penyandang pingat emas lompat jauh T20 sejak empat edisi lalu itu tidak akan bertanding.

Advertisement

Isterinya, Datin Nurul Nabila Farhana Musaidi, dijangka bersalin pada 28 Januari depan, namun berita baik tiba awal, cahaya mata sulung mereka selamat dilahirkan jumaat lalu.

"Keputusannya tepat bahawa isterinya bersalin pada Jumaat lalu. Tahniah atas kelahiran seorang puteri.

"Apabila dia tidak menyertai kem negara pada 10 Januari lalu, ia sudah menjadi petunjuk. Jadi kami faham situasinya," katanya.

Tambah Zarrawi lagi, peluang emas dalam acara lompat itu masih cerah meskipun tanpa kehadiran juara dunia itu.

Dua lagi sandaran negara, Eljoe Gotuoh serta Nik Mohamad Rahmat Mohd Zahari, cemerlang dengan rekod lompatan yang baik iaitu 7.10 meter dan 6.43m, sekali gus menjadikan kedua-duanya prospek menyumbangkan pingat buat Malaysia.

"Di atas kertas, saya rasa kami mampu mengekalkan pingat emas.

"Prospek kedua, Nik Mohamad Rahmat juga boleh menghadirkan pingat," katanya. 
 

Must Watch Video