Pemenang pingat perak 100 dan 200 meter Sukan Para ASEAN 2023, Muhamad Afiq Mohamad Ali Hanafiah, berhasrat menukar kilauan perak yang dimenangi pada edisi lalu kepada kilauan emas pada edisi kali ini.
Dia mengakui persiapan dirinya juga berada pada tahap terbaik di bawah kendalian jurulatih, Hamberi Mahat, yang banyak membantu dalam meningkatkan keupayaan untuk melakukan 'explosive power' semasa berada di blok permulaan.
Advertisement
Dia juga tidak menolak kemungkinan untuk memecah rekod dalam dua acara yang disertainya itu.
"Saya berazam untuk meraih pingat emas apabila dua edisi lalu memenangi pingat perak," katanya.
"Saya juga meletakkan sasaran untuk memperbaharui rekod dalam kejohanan kali ini."