Skip to main content

Angkat Berat

Sukan Komanwel: Isu disiplin, skuad angkat berat dihantar ke Kem Korea Utara

j

Isu disiplin mengganggu prestasi mendorong Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PKBM) menghantar semua atlet angkat berat kebangsaan kembali ke 'kem latihan Korea Utara' di Pekan, Rompin, hujung minggu ini.

Kem di Pahang itu menerima jolokan tersebut dalam kalangan atlet angkat berat negara berikutan kedudukannya yang agak terpencil dari kota.

Ia berikutan isu disiplin yang secara jelas menjadi punca utama kemerosotan prestasi semasa atlet dalam kejohanan kelayakan yang berlangsung di India, 18 Mei lalu.

Justeru, Ayub menegaskan pihak persatuan tidak teragak0agak untuk menggugurkan mana mana atlet yang gagal mengutamakan disiplin, walaupun mereka merupakan prospek pingat emas dalam mana-mana kejohanan.

"Sejak dulu lagi kami gelar kem Rompin sebagai kem Korea Korea Utara. Atlet kena tidur awal dan tidak boleh keluar kem sesuka hati.

"Biasalah, atlet akan berasakan bahawa dia adalah hero selepas meraih pencapaian hebat (sedangkan) -- prestasi terutama peserta Thailand dan Indonesia -- lebih jauh lagi.

"Di Malaysia, dia adalah juara (tapi) juara kampung," kata ditemu-bual wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.  

Tidak dinafikan atlet negara mencipta sejarah dengan sembilan orang layak ke Sukan Komenwel, pertengahan Julai depan, namun itu bukan alasan untuk mereka mengambil mudah soal persiapan.

"Kalau tiada disiplin, kami akan gugurkan atlet dan biarlah tiada emas -- tiada guna (pencapaian hebat) kerana ia bakal mempengaruhi atlet yang lain.

"Kalau layak pun tapi tidak mampu bersaing dengan negara lain. Kami bukan sekadar nak layak," katanya. 

Must Watch Video