Selepas hampir enam bulan bergelut dengan kecederaan, Arif Aiman Hanapi berkemungkinan besar akan beraksi semula buat kali pertama untuk Johor Darul Ta'zim (JDT) menjelang perlawanan terakhir musim ini dalam final Piala Malaysia malam ini.
Ia, disahkan sendiri oleh ketua jurulatih Harimau Selatan, Xisco Munoz, apabila bakal menyenaraikan Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia (Liga-M) itu dalam senarai pemain, namun keperluan untuk menurunkan Arif masih dalam perbincangan.
“Saya amat gembira kerana esok, Arif Aiman akan kembali ke dalam senarai (pemain).
"Kita bakal lihat nanti jika dia boleh bermain beberapa minit.
“Arif Aiman akan berada dalam senarai untuk perlawanan esok," Xisco Munoz sedia beri peluang kepada Arif Aiman kembali beraksi selepas hampir enam bulan menyepi akibat kecederaan. @ASTROARENA pic.twitter.com/AQ4JsbL5xS
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) May 22, 2026
“Kita perlu faham Arif (Aiman) sudah lama tidak bermain," katanya dalam sidang media praperlawanan semalam.
Terdahulu, bintang berusia 24 tahun itu terpaksa menerima rawatan berikutan kecederaan mewakili Harimau Malaya ketika menentang Nepal dalam kempen kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 18 November lalu.