Skip to main content

Bola Sepak

Final Piala Malaysia: Saya tidak tahu bila saya akan bermain lagi untuk JDT -- Bergson

BDS

Bakal penyerang naturalisasi Harimau Malaya, Bergson Da Silva, tetap menganggap setiap perlawanan akhir yang disertai Johor Darul Ta'zim (JDT) memberikan keistimewaan berbeza dan tidak memandang mudah cabaran pihak lawan.

Meskipun Harimau Selatan memiliki kelebihan tertentu berdasarkan pencapaian dan rekod, namun penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super itu tetap bertekad membantu JDT meraih satu lagi kejuaraan dalam final Piala Malaysia yang akan berlangsung di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil esok.

"Sudah tentu. Ia sentiasa menjadi final yang istimewa buat saya.

"Kerana, saya tidak pernah tahu bilakah final yang seterusnya buat saya.

"Saya tidak tahu saya akan bermain lagi untuk JDT.

"Kita tidak pernah tahu apa akan jadi selepas keesokan hari.

"Jadi kami fokus untuk satu lagi peluang merangkul gelaran, menjaringkan gol tetapi kita tidak pernah tahu apa akan jadi.

"Asas pasukan lebih penting untuk memenangi aksi esok tidak kira 1-0 atau 10-0 dan membawa pulang kejuaraan," katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Kuching City mara ke final kejohanan berprestij itu buat kali pertama dalam sejarah penubuhan kelab sementara skuad kendalian Xisco Munoz dalam misi mengekalkan kejuaraan empat musim berturut-turut.

 

 

Must Watch Video