Skip to main content

Sepak Takraw

TERKINI Piala Dunia ISTAF: Malaysia ke final penuh dramatik tundukkan Indonesia 2-0!

ISTAF

Skuad sepak takraw berpasukan lelaki negara menonjolkan permainan memukau, sekali gus berjaya menundukkan Indonesia 2-1 untuk mara ke perlawanan akhir Piala Dunia ISTAF di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur (KL) sebentar tadi.

Skuad kendalian Ahmad Jais Baharun itu dalam landasan terbaik untuk merangkul kejuaraan bagi mengubati kekecewaan kecundang dalam final Piala Asia ASTAF tahun lalu. 

Beregu pertama yang diwakili oleh bintang Liga Sepak Takraw (STL), Zulkifli Razak, Afifuddin Razali dan Aidil Aiman Azwawi, mudah mendapatkan mata pendahuluan selepas memenangi 15-7, 15-9.

Cerita epik bermula dalam perlawanan kedua apabila wakil negara jiran mula mempamerkan kebangkitan untuk menghidupkan peluang ke peringkat seterusnya. Tanpa disangka, Indonesia menutup set pertama dengan 15-10 dan terus menghasilkan permainan terbaik.

Namun, kualiti yang dimiliki oleh kapten kebangsaan, Farhan Adam, Azlan Alias serta tekong, Haziq Hairul Nizam, tidak berputus asa menandakan pengalaman luas menjadi kelebihan selain sorakan peminat tempatan mendorong semangat pasukan negara.

Dengan keputusan terikat 13-13, halangan dan rejaman terus bertukar tempat tetapi keampuhan skuad negara berhasil mengheret Indonesia ke set penentuan.

Indonesia seakan hilang rentak dan memberi ruang buat Malaysia terus melakar sejarah di tempat sendiri.

Malaysia akan bertemu musuh tradisi, Thailand, yang akan berlangsung pada malam ini.

 

Must Watch Video