Bakal penyerang naturalisasi Harimau Malaya, Bergson Da Silva, tidak rela insiden edisi pada 2021 berulang apabila Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa berputih mata tewas kepada Kuala Lumpur (KL) City dalam perlawanan akhir Piala Malaysia.
Meskipun Harimau Selatan memiliki kelebihan tertentu berdasarkan pencapaian dan rekod, namun penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super itu tetap bertekad membantu JDT meraih satu lagi kejuaraan, sekali gus mengekalkan penguasaan empat kali berturut-turut.
"2021 adalah waktu yang berbeza dan selepas final itu, kami menderita dan saya pasti semua pemain termasuk saya sentiasa mengingati final itu.
"Selepas hari itu, kami berjanji bahawa kami tidak akan tewas seperti kami tewas tanpa identiti.
"Kami belum tewas lagi sejak 2021 dan kami sudah berada pada tahun 2026.
“I hope I can score again”, Bergson meledak gol dalam tiga daripada empat final Piala Malaysia 2022, 2023 dan 2024/2025. Satu-satunya final yang gagal disudahkan dengan jaringan ketika JDT tewas kepada KL City pada 2021. 🔥@ASTROARENA pic.twitter.com/mUG6joZGLm
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) May 22, 2026
"Saya harap kami akan kekalkan profil dan identiti kami, terus bekerja keras kerana kami hidup untuk ini.
"Saya rasa satu-satunya sebab kami perlu teruskan semangat untuk memburu trofi adalah kerana kami mewakili masyarakat. Jersi ini sangat sukar untuk dipakai kerana kami tahu berapa kali kami sudah ke sini untuk beraksi di final.
"Jangkaan sentiasa tinggi kerana kami adalah juara bertahan, jadi saya rasa kita perlu teruskan motivasi dan semangat untuk memenuhi jangkaan daripada penyokong," katanya.