Laman X rasmi All Things Thai Football mendedahkan situasi sebenar di negara itu menjelang Sukan SEA Thailand 2025 yang akan membuka tirai secara rasmi hujung minggu ini.
“Tiada kaitan dengan boikot. Cuma orang Thailand tidak tertarik dengan Sukan SEA.
Advertisement
"Malah, ramai orang Thailand sendiri tidak tahu kami adalah negara penganjur Sukan SEA,” katanya.
Perkara itu mendapat perhatian rakan-rakan media di rantau ini selepas perwakilan Indonesia yang berada di salah satu venue penting temasya iaitu Stadium Rajamangala melaporkan sambutan dingin penyokong tuan rumah pada aksi pembukaan bola sepak lelaki yang menyaksikan Thailand menewaskan Timor Leste 5-1.
“Dengan stadium yang tidak penuh, adakah situasi ini berkaitan dengan boikot oleh penyokong Thailand atau ada sebab lain?”
Nothing about the boycott.
People just don’t interest in SEA Games. Many people even dont know we are hosting SEA Games. 😂 https://t.co/z91CUon6Tl— All Things Thai Football 🇹🇭 (@ThaiFootballs) December 3, 2025
Penafian isu boikot dan pengakuan mengenai sambutan yang tidak memberansangkan itu disokong rata-rata rakyat negara Gajah Putih itu yang tanpa berselindung menganggap kejohanan dwitahunan kali ini merupakan edisi paling suram.
Peminat bola sepak Thailand pula berpendapat acara yang dilabel ibu segala pingat Sukan SEA itu tidak begitu mengujakan kerana hanya melibatkan pasukan bawah 23 tahun (B-23) dan bukannya pasukan senior.
Apa pun perkara ini dilihat berpunca daripada kelemahan pihak terbabit dalam mempromosikan penganjuran kali ketujuh Thailand, ditambah faktor lain seperti bencana banjir di Songkhla yang sepatutnya menjadi antara venue utama temasya serta tempoh berkabung susulan kemangkatan Ratu Sirkit pada 27 November lalu.