Johor mengatur pertemuan final bola sepak lelaki Sukan Malaysia (Sukma) dengan Selangor dengan menundukkan Perak 4-0 sebentar tadi.
Selepas tuan rumah turut berpesta gol dengan angka serupa ketika bertemu pasukan Pahang dalam aksi pada sebelah petang, giliran wakil dari selatan pula mempamerkan taring untuk mengatur pertemuan di Stadium MBPJ, Ahad ini.