Azam tahun baharu 2026 Faisal Halim adalah mahu memastikan Selangor terus menjadi gergasi bola sepak negara.
"Bismillahirrahmanirrahim, dipermudahkan selama-lamanya untuk Selangor," katanya di TikTok.
Advertisement
Bintang Harimau Malaya itu memberi bayangan terus kekal bersama The Red Giant untuk jangka masa panjang dengan misi paling utama untuk terus membantu kelab itu memburu kejayaan di dalam dan luar negara.
Pemain berusia 27 tahun itu mula menyertai naib juara Liga Super musim lalu itu pada 2022 usai meninggalkan Terengganu. Setakat ini, Faisal sudah merekodkan 70 penampilan dan menjaringkan 28 gol untuk skuad kendalian Christophe Gamel itu.
@selangorfc 🤔 Let’s hear it from the squad. What’s their goal for 2026? 💊 Happy New Year everyone! ❤️ 💛 #HappyNewYear #2026 #SelangorFC #ThisIsSelangor ♬ Rising New Year Light (Pop Rock) - Ausku Studio
"Saya akan berjuang sepanjang hayat saya untuk Selangor. Apa yang saya niat ini segala-galanya untuk Selangor, untuk rakyat Selangor," tambahnya.
Bukan hanya kisah di atas padang, malah cerita kebangkitannya menghadapi rintangan bersama Selangor merupakan satu detik penting dalam hidupnya.