Insiden selepas tamat perlawanan di Stadium Gelora Bandung Lautan Api (GBLA) mencuri perhatian media seluruh dunia berhubung provokasi penyokong tuan rumah ekoran gagal mara ke pusingan seterusnya.
Meskipun memenangi aksi timbal balik kedua, namun Persib Bandung gagal menewaskan defisit agregat 1-3 kepada Ratchaburi, sekali gus tidak berjaya ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim ini.
Advertisement
Walaupun bergelar juara kumpulan, namun hasrat skuad kendalian Bojan Hodak itu belum tercapai, dan ia membangkitkan kemarahan segelintir peminat tuan rumah.
🚨Several supporters of Persib Bandung ran onto the pitch after the match against Ratchaburi FC at Gelora Bandung Lautan Api Stadium (GBLA).
At one point, Bojan Hodak and other Persib players were seen trying to hold some of them back from entering the pitch, but they were… pic.twitter.com/eo7x1CWUVx— The Wall Pass Journal (@wallpassjournal) February 18, 2026
Usai wisel tamat dibunyikan, kelihatan beberapa penyokong berlari memasuki kawasan padang atas faktor protes serta mengakibatkan balingan objek berlaku.
Pelawat berdepan detik cemas apabila tidak dibenarkan keluar daripada stadium sehingga semuanya beransur pulih.
Perkara ini didesak supaya mendapat reaksi daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) agar menjatuhkan hukuman setimpal kerana didakwa membahayakan keselamatan pemain, staf kejurulatihan dan pengadil.
Kegagalan menjaga ketenteraman menjadi topik utama apabila kelihatan mudah peminat menceroboh kawasan permainan.
Berkemungkinan, siasatan bakal dilakukan dan beberapa kesan akan berlaku. Antara potensi impak yang boleh dikenakan ialah pengurangan kapasiti penonton sebanyak 25 peratus (%) atau penggantungan penuh mengharamkan kemasukan peminat untuk dua perlawanan serta bayaran denda yang mahal.
Namun, belum ada kenyataan rasmi daripada AFC berhubung perkara ini.