Skip to main content

Bola Sepak

'Menangis atau Lawan' -- Igor Tudor beri amaran buat Tottenham Hotspur dalam misi elak penyingkiran

man utd oftf

Join now via My Astro App to win Man Utd jersey & merchandise!

'Menangis atau Lawan' -- Igor Tudor beri amaran buat Tottenham Hotspur dalam misi elak penyingkiran

Pengurus sementara Tottenham Hotspur, Igor Tudor, menggesa para pemainnya supaya memilih untuk 'lawan, bukan menangis' ketika pasukan itu berdepan situasi genting dalam usaha mengelak penyingkiran dari Liga Perdana Inggeris musim ini.

Tudor memulakan tugasnya dengan permulaan hambar apabila Spurs tewas empat perlawanan berturut-turut, termasuk tiga kekalahan dalam saingan liga sejak menggantikan Thomas Frank 14 Februari lalu.

Advertisement

Prestasi buruk itu menyaksikan Tottenham kini hanya satu mata di atas zon penyingkiran, menjelang kunjungan sukar ke gelanggang juara bertahan, Liverpool, hujung minggu ini.

Jika situasi tidak berubah, Spurs berisiko mengalami penyingkiran pertama dari liga utama sejak 1977.

Keadaan semakin membimbangkan selepas Tottenham mengalami kekalahan besar 5-2 kepada Atlético Madrid dalam aksi pertengahan minggu, apabila mereka sudah ketinggalan 4-0 dalam tempoh 22 minit pertama perlawanan.

Menurut Tudor, keadaan semasa memang sukar, namun beliau mahu pemain melihatnya sebagai cabaran untuk bangkit.

“Ini bukan situasi yang mudah. Ia cabaran besar untuk mengubah keadaan. Dalam hidup, kita boleh memilih bagaimana melihat sesuatu -- sama ada menangis atau bangkit melawan,” kata Tudor kepada media.

Tambahnya lagi, setiap pemain mempunyai pilihan sama ada mahu melihat keadaan sebagai kegagalan atau peluang untuk memperbaiki diri.

Tudor percaya pemain yang berani menghadapi tekanan dan mengambil peluang untuk bangkit akan menjadi individu dan pemain yang lebih baik selepas melalui tempoh mencabar ini.

Perlawanan menentang Liverpool bakal menjadi ujian besar buat Spurs ketika mereka cuba menghidupkan semula musim yang semakin menuju ke arah krisis.

Must Watch Video