Samsung Malaysia Electronics, dengan kerjasama Modernize Vida, hari ini merasmikan pembukaan Partner Experience Store (PES) di KL Eco City.
Ruang eksklusif ini berfungsi sebagai pusat pengalaman khas bagi rakan niaga dan pengedar .meneroka solusi perniagaan Samsung yang dikuasakan AI dalam simulasi persekitaran sebenar.
Hasil kolaborasi strategik dengan Modernize Vida, PES menawarkan persekitaran eksplorasi imersif melalui tujuh zon suasana dunia nyata. Di sini, rakan niaga dapat melihat bagaimana teknologi dan reka bentuk Samsung membentuk satu ekosistem holistik. Dengan integrasi AI dan SmartThings, ruang ini membuktikan kehebatan teknologi terhubung merentasi tujuh sektor utama termasuk peruncitan, kewangan, hospitaliti, dan kerajaan.
Dalam persekitaran ini, platform SmartThings Samsung memperkasa perniagaan untuk mengurus dan mengautomasikan peranti bersambung secara berpusat melalui satu antara muka tunggal. Pendekatan ini bukan sahaja melancarkan operasi, malah meningkatkan keberkesanan serta pengalaman pengguna secara keseluruhan. Usaha ini turut disokong oleh strategi Devices, Solutions and Services (DSS) Samsung yang menyepadukan perkakasan, perisian serta perkhidmatan bagi memacu inovasi B2B yang berskala dan menyampaikan pengalaman pelanggan yang lancar serta memenuhi keperluan industri yang sentiasa berubah.
“The Partner Experience ini mencerminkan visi Samsung dalam membolehkan persekitaran perniagaan yang lebih pintar dan saling berhubung melalui inovasi bersepadu berasaskan AI,” kata Charles Kim, Presiden Samsung Malaysia Electronics, semasa acara pelancaran. “Seiring dengan evolusi industri, syarikat perniagaan kini semakin mencari penyelesaian yang bukan sahaja berhubung, malah intuitif, berskala, serta berasaskan pengalaman. Melalui kolaborasi bersama Modernize Vida, kami menyasarkan untuk membantu rakan niaga merangka semula bagaimana teknologi mampu mentransformasikan persekitaran harian, sekali gus membuka peluang baharu bagi kecekapan operasi, penglibatan pelanggan, dan pertumbuhan perniagaan jangka panjang,” tambah beliau.
Memperluas Potensi Komersial dengan Solusi Dobi Pintar
Salah satu tarikan utama pusat pengalaman ini ialah solusi Professional Laundry Samsung, yang direka khas untuk persekitaran komersial atau industri penggunaan tinggi, dan kecekapan operasi.. Dengan menggabungkan prestasi berkapasiti tinggi bersama reka bentuk moden berorientasikan gaya hidup, solusi ini memberikan takrifan baharu kepada perkhidmatan dobi sebagai sebahagian daripada pengalaman pelanggan yang lebih luas, sekali gus menyepadukan aspek kebersihan dan kemudahan secara lancar dalam pelbagai tetapan perniagaan. Sistem ini menyokong kapasiti besar sehingga 18kg untuk mesin basuh dan 14kg untuk mesin pengering, di samping konfigurasi bertindan (stackable) yang kemas bagi memudahkan urusan pemasangan serta mengoptimumkan penggunaan ruang.
Langkah ini turut membolehkan kemunculan konsep perniagaan pelbagai guna seperti ruang kafe-dobi serta persekitaran gaya hidup berorientasikan hiburan. Di sini, kitaran cucian dapat dilengkapkan bersama aktiviti seperti senaman atau tayangan filem, sekali gus membantu perniagaan mengoptimumkan penggunaan ruang sambil meningkatkan penglibatan pelanggan.
Dengan menyediakan persekitaran imersif di KL Eco City, PES menyokong rakan niaga dan pengedar dalam memahami bagaimana tawaran Samsung boleh diaplikasikan dalam konteks perniagaan
mereka, daripada pembangunan hartanah dan ruang komersial sehinggalah kepada persekitaran perusahaan dan sektor awam. Dengan menterjemahkan sistem yang kompleks kepada aplikasi dunia nyata yang praktikal dan lebih jelas, pusat pengalaman ini membolehkan rakan niaga dan pengedar menilai dengan lebih baik keberkesanan solusi Samsung, seterusnya membolehkan keputusan dibuat dengan lebih tepat serta penggunaan solusi yang lebih efektif.
PES melengkapi ekosistem ruang inovasi Samsung yang lebih luas, mengukuhkan komitmen syarikat dalam memperkasakan rangkaian rakan niaga serta menyokong pertumbuhan perniagaan jangka panjang melalui kolaborasi dan inovasi.
Untuk maklumat lanju, sila layari: https://samsung.com/my/business/