Dalam satu perlawanan Ligue 1 antara FC Nantes dan Le Havre, penjaga gol Anthony Lopes tiba-tiba rebah seperti cedera semasa separuh masa kedua. Pada mulanya, semua ingat dia benar-benar sakit kaki, jadi pasukan perubatan masuk padang untuk merawatnya.
Tetapi sebenarnya, Lopes dianggap melakukannya dengan sengaja, bukan kerana dia benar-benar cedera namun hanya berniat memberi ruang kepada rakan-rakan di atas padang yang berpuasa di bulan Ramadan untuk berbuka puasa ketika masuk waktunya.
Advertisement
Anthony Lopez harus pura-pura cedera agar rekan timnya yang muslim bisa berbuka puasa . Di league 1 belum ada peraturan boleh berbuka puasa saat pertandingan . Berbeda dengan Premier League yang memberi waktu pemain untuk berbuka .. pic.twitter.com/ZAEMyurJwa
— Liverpool CS Indonesia (@Liverpoolcs_id) February 26, 2026
Ini kerana, dalam liga Perancis tidak ada peraturan rasmi yang membenarkan pengadil untuk menghentikan perlawanan bagi pemain yang berpuasa untuk berbuka puasa, tindakn Lopes menerima pelbagai kritikan positif daripada peminat seperti:
‘What a considerate king!’
Semasa permainan berhenti, beberapa pemain Nantes yang beragama Islam dilihat bergegas ke tepi padang untuk minum air dan memakan kurma.
Selepas dirawat, Lopes kembali beraksi seolah-olah tiada kecederaan ‘serius’ seperti yang disangka. Dan siapa jangka kebaikan itu juga turut mendorong dia dan rakan sepasukan memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan masa penuh 2-0.