Rombongan Projek Ramadan YAKEB bersama Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) dalam Projek Ramadan kali ini menyingkap cerita bekas paralimpian memanah negara, Mohd Izhar Abdul, atau lebih mesra disapa Saidun, dalam bingkisan khas yang dibawakan oleh penaja utama Dongfeng Cars Malaysia by CADB, anak syarikat PEKEMA.
Sukar buat dirinya mengimbau kembali luka lama yang dipendam, Izhar pernah dua kali menggigit kecewa apabila impian ke Sukan Olimpik yang tidak kesampaian.
Advertisement
Bukan kerana kurang usaha, tetapi dek kekangan peralatan yang lebih lengkap dan peluang latihan yang terhad.
Dalam sunyi ramadan yang tenang, kita temui makna sebenar kekuatan. Bukan pada tubuh yang sempurna,
tetapi pada jiwa yang tidak menyerah.
"Ketika itu Sukan ASEAN, saya masuk walaupun kategori bercampur dengan individu normal. Peningkat itu punca saya dapat mara lebih jauh sehingga gagal di Olimpik.
"Saya ketika itu berada di ranking ke-67 dunia, banyak kejohanan dunia saya dijemput. Ketika di Athens, saya berdepan pemain nombor satu dunia, cara kita dan mereka lain.
"Kelengkapan mereka sahaja mengurangkan semangat, kita hanya masuk sahaja dan tidak memiliki kelengkapan yang betul." kongsinya.
Selepas Covid-19, hidup Saidun berubah sekelip mata apabila diserang strok, tabung kecemasan habis digunakan, kereta terpaksa dijual demi meneruskan kehidupan.
Dari membidik sasaran di gelanggang, kini Izhar berdepan sasaran yang lebih besar iaitu untuk terus kuat dalam ujian yang tidak pernah dipinta.
"Selepas Covid saya kene strok, sekarang sudah 80 peritus lebih baik, sebelum ini tidak boleh bercakap. Ada rezeki daripada duit simpanan, saya jual kereta. Ada 10 saya jual satu persatu.
"Terima kasih YAKEB dan PEKEMA atas bantuan. Ada agensi yang prihatin." tambahnya penuh sebak.
"Disebalik kejayaan mereka ini ada keluarga yang memberikan sokongan untuk memastikan kejayaan mereka. Kebanyak atlet hidup dalam sederhana, mereka tidak harapkan bantuan, tetapi dengan bantuan diterima mereka menyambut penuh syukur." tambah Ketua Setiausaha Pekema, Haslina Mohamed @ Kasby.
Ini bukan kisah untuk meraih simpati, tetapi kisah tentang kekuatan yang teruji. Bulan Ramadan mengingatkan kita bahawa hakikatnya, nilai seorang insan tidak pernah diukur melalui ujian kehidupan.