Skip to main content

Bola Sepak

Piala ASEAN Hyundai: Harimau Malaya dah lama tak menang piala -- Amri Yahyah

j

Bekas penyerang kebangsaan, Amri Yahyah, meletakkan harapan agar barisan baharu Harimau Malaya mampu memecahkan kebuntuan 16 tahun tanpa sebarang kejuaraan menerusi Piala ASEAN Hyundai 2026.

"kita dah lama tak merasa piala," demikian kata juara Piala AFF 2010 itu sambiltidak menafikan landskap bola sepak negara ketika ini masih belum sempurna.

Namun, Amri berharap situasi tersebut tidak akan menjejaskan fokus serta persiapan skuad kebangsaan menjelang kejohanan penting itu.

"Tampak sukar tapi tidak boleh dianggap begitu.

"Dengan bakat tempatan terbaik dan pemain dari luar yang dirakyatkan untuk negara kita jadi saya harap gabungan ini memberi suntikan semangat buat negara.

"Kita harus beri sokongan kepada pasukan negara dengan satu semangat yang tinggi.

"Dengan kemenangan di peringkat antarabangsa, sebagai rakyat Malaysia saya mengharapkan kejuaraan dan pasukan baru di dalam FAM mampu memberikan sesuatu buat negara," katanya  yang ditemui dalam Majlis Football Fever, yang membawa visi untuk memeriahkan suasana menjelang Piala Dunia 2026 menerusi pelbagai kerjasama termasuk penghasilan produk bola sepak yang lebih mampu milik dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video