Skip to main content

Hoki

Piala Negara-Negara: The Speedy Tigers makin selesa di bawah tunjuk ajar Carolan

j

\Pengendali baru, Brendon Carolan, percaya barisan pemain yang dipilihnya menepati apa yang diinginkannya dalam sesebuah pasukan selepas 41 hari berlangsungnya latihan intensif sebaik berakhir sudah siri latihan pusat skuad hoki negara.

Sebelum terbang ke Afrika Selatan untuk menghadapi saingan Piala Negara-Negara yang akan membuka tirainya pada Rabu depan, Carolan percaya muka baru The Speedy Tigers makin bersedia untuk tugasan antarabangsa.

"Kami dapat menghimpunkan sebeilangan pemain berusia lingkungan 19 tahun hingga 25 tahun dan diserapkan dalam program sepenuh masa.

"Saya menaruh harapan tinggi terhadap mereka sambil mereka dapat menyerap tunjuk ajar saya biarpun berdepan masa yang singkat.

"Saya percaya kami mampu menyerlah Sukan Asia yang menjadi sasaran utama," katanya di Nadi Arena.

Meskipun akui masih belum sempurna, namun harapan diletakkan kepada anak buah untuk sentiasa meningkatkan mutu permainan dalam setiap perlawanan dengan sasaran utama untuk mencapai kemuncak prestasi dalam Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Carolan juga mengetengahkan lebih ramai pemain muda ketika ini dalam mewujudkan profil pemain yang dikehendakinya demi masa hadapan.

Ia satu inisiatif dalam mewujudkan kelompok pemain yang mampu gantikan slot yang bakal ditinggalkan pemain-pemain senior.

"Kami membentuk sebuah pasukan dengan sasaran umur berbanding hanya bergantung kepada pemain senior.

"Kita mempunyai bakat tempatan cuma jumlahnya kurang berbanding pasukan di Eropah yang memberikan pendedahan untuk melahirkan pemain cilik," katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Related Topics

Must Watch Video